Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Kemusnahan Alam Sekitar Pulau Pinang

533
SHARE

Pulau Pinang, 1 Mei 2021: Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang (LATAS) melahirkan kekecewaan dan memandang serius kelemahan kerajaan negeri dalam menangani isu alam sekitar yang dilihat semakin berada diluar kawalan sejak Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

LATAS PAS Pulau Pinang telah menegaskan isu kemusnahan alam sekitar ini sejak bermulanya hasrat kerajaan negeri melaksanakan projek tambakan laut yang dikenali sebagai ‘Penang South Reclaimation’ atau singkatan PSR yang dilihat menyebabkan kemusnahan ekosistem akuakultur di kawasan terbabit malah kini turut menyebabkan qualiti air laut di pesisir pantai tercemar dengan teruk sekali.

Kami juga menyeru agar perhatian secara serius dan proaktif dapat diteruskan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar (KASA) dalam bertindak ke atas projek ini termasuklah isu Sungai Kereh yang gagal diselesaikan sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Lebih mengecewakan apabila majoriti index kualiti air sungai-sungai di Pulau Pinang kini berada pada tahap 4 dan 5 yang sekaligus menunjukkan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri dalam menjaga dan menyelia sumber air mentah negeri ini.

Selain itu LATAS Pulau Pinang juga melahirkan kerisauan keatas perancangan pembangunan yang tidak terkawal yang dilihat mencagarkan bukit-bukau dinegeri ini sebagai sasaran yang bertentangan dengan slogan kerajaan negeri, ‘Cleaner, Greener Penang’ yang dilihat hanya sekadar retorik.

Kami turut memuji dan menghargai usaha dari pihak KASA dan semua agensi kerajaan yang berusaha untuk mengambil tanggungjawab dan inisiatif bagi menangani isu ini sebaik mungkin.

LATAS PAS Pulau Pinang menyeru agar semua agensi pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO), aktivis alam sekitar dan masyarakat setempat memainkan peranan dalam menangani danembendung krisis alam sekitar ini.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Saiful Lizan Bin Md Yusoff
Pengerusi
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Negeri