Home Artikel PAS Johor

Kempen Vaksin Pemuda PAS Johor Bahru

381
SHARE

Kempen Vaksin Pemuda PAS Johor Bahru

LARKIN, 27 Feb – Lajnah Kesihatan, Dewan Pemuda PAS Johor Bharu hari ini telah menganjurkan Kempen Jom Vaksin di dua lokasi iaitu Stadium Larkin dan Pasar Besar Larkin.

Kempen itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap kepentingan vaksin sebagai langkah mencegah jangkitan Covid-19.

Menariknya, penganjur kempen mengangkat playkad “Saya Sokong Vaksin” dan “Jom Vaksin” sepanjang program berlangsung.

Hadir pada hari ini ialah Dr. Mohd Mazri Yahya selaku Pengerusi Lajnah kesihatan PAS pusat merangkap Yang Di Pertua PAS Johor Bharu.

Edaran pelitup muka dan handsanitizer percuma turut diedarkan kepada 100 orang pengunjung terawal.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11.

Turut menerima suntikan pertama ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM), iaitu Dr Tan Yee Ling, Sheilla Mellissa Sikin, Khairul Asraf Mohd Yasin dan Clement Marai Francis.