Home Artikel PAS Pahang

Pertemuan Mahabbah Perkukuh MN Pahang

2463
SHARE

Alhamdulillah, program pertemuan mahabbah Muafakat Nasional Pahang malam tadi diadakan, pertemuan bagi membincangkan agenda untuk memperkemaskan lagi penyusunan gerak kerja bersepadu MN Pahang bagi persiapan menghadapi PRU 15 yang bakal menjelang.

Pertemuan antara pimpinan PAS dan UMNO Pahang, pimpinan PAS yang turut hadir bersama saya ialah YB Andansura Rabu, YB Ust Tarmizi Yahya, Sdr Hasanuddin Salim dan Tuan Haji Hamdan sementara pimpinan UMNO yang hadir ialah Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Dato’ Sri Hasaan Arifin, Dato’ Sri Hamid Nazahar, Dato’ Sri IR Hj Mohd Soffi dan Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Kesempatan untuk kami bermuhasabah kembali agenda penyatuan ummah, menelusuri sejarah awal penyatuan ummah, bagaimana sebagai memenuhi gagasan tersebut menjadikan Pahang adalah Negeri pertama telah mengadakan himpunan rasaksa penyatuan Ummah peringkat Negeri. Setiap detik sejarah gemilang himpunan tersebut masih menjadi ingatan kami, Alhamdulillah hubungan baik dan mesra antara kami terus terjalin sehingga kini.

Beberapa program dan solusi untuk memperkukuhkan lagi MN telah dibincangkan untuk dirancangkan dengan lebih teliti dan tersusun bagi memperkemaskan lagi jentera MN untuk menghadapi PRU 15, terima kasih Dato’ Sri Wan Rosdy dan semua sahabat pimpinan PAS dan UMNO yang hadir dalam pertemuan Mahabbah MN, semoga pertemuan ini menghasilkan natijah yang baik untuk ummah dan Negeri Pahang.

YB Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Pahang.