Home Berita PAS Johor

Kempen Beli Produk Muslim Catat Sejarah

3509
SHARE

Kempen Beli Produk Muslim Catat Sejarah

JOHOR BAHRU, 28 September – Kempen Beli Produkt Muslim merupakan satu usaha yang diketengahkan buat pertama kali dalam sejarah.

Demikian menurut Pengerusi Kohilal, Hj Mustafa Salleh dalam ucapannya sempena pelancaran Kempen Beli Produk Muslim pagi tadi.

Katanya, kempen itu mampu menyatukan usahawan Muslim untuk bangkit bersaing bagi meraih sokongan rakyat terhadap produk mereka.

Turut berucap dalam majlis sama ialah pembangun aplikasi Abata, Mohd Izzat Ismail.

Beliau berkata, aplikasi Abata merupakan platform perniagaan online khusus bagi produk dan perkhidmatan keluaran usahawan Muslim.

Mohd Izzat menyeru semua usahawan untuk mendaftar produk mereka menerusi aplikasi itu bagi memudahkan capaian orang awam mendapatkan produk Muslim.

Jelasnya, aplikasi itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Oktober ini.