Home Kenyataan Media PAS Perlis

Doakan Kesihatan Pesuruhjaya PAS Perlis

3,058 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS
DOAKAN KESIHATAN PESURUHJAYA PAS PERLIS

1. Berita Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang rebah ketika menyampaikan ucapan di Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis semalam telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ahli PAS dan masyarakat.

2. Keadaan beliau kini dilaporkan stabil namun masih diletakkan di bawah pengawasan rapi doktor di CCU, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.

3. Sehubungan dengan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis menyeru kepada seluruh masyarakat agar dapat sama-sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan kepada beliau.

4. PAS Perlis juga memohon semua pihak supaya tidak mengadakan sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan Yb Mohd. Shukri.

5. Sebarang perkembangan terkini berhubung keadaan beliau akan dimaklumkan oleh PAS Perlis dari semasa ke semasa.

6. Semoga seluruh ahli keluarga beliau diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi ujian ini.

DR. SAIFIZI SAIDON
Ketua Penerangan PAS Perlis
30 September 2019M | 1 Safar 1441H