Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Kemenangan GRS Sinar PRU-15

883
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Kemenangan GRS Sinar PRU-15

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Tahniah kepada semua calon yang berjaya dan setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada jentera PAS yang komited dalam membantu kemenangan GRS.

Kemenangan GRS menjadi bukti penerimaan rakyat Sabah terhadap gabungan yang bersama Kerajaan Persekutuan sekali gus menolak Warisan yang telah gagal mentadbir negeri itu.

Maka, menjadi sebuah tanggungjawab buat Kerajaan Negeri Sabah yang baharu untuk melaksanakan Aku Janji GRS seterusnya menaiktaraf hidup rakyat Sabah ke tahap yang lebih baik.

PAS berharap perpaduan yang telah terjalin dapat dikekalkan demi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang mendatang.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
27 September 2020 | 9 Safar 1442