Home Artikel PAS Melaka

Pena editor Melaka : Rakyat Sabah hukum ‘kerajaan tebuk atap’ PH-Warisan

949
SHARE

AKHIRNYA  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah dengan menang 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang berakhir semalam.

GRS mendapat majoriti mudah 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN Sabah. Pecahan kerusi yang dimenangi GRS ialah 17 kerusi dimenangi PN, 14 kerusi dimenangi BN dan tujuh kerusi dimenangi PBS.

Warisan Plus yang terdiri dari Warisan, PKR dan UPKO pula memperolehi 32 kerusi sementara calon bebas pula memenangi tiga kerusi. Parti ‘bakal PM ke-9’, PKR, sekadar memenangi dua kerusi sahaja.

Kredit foto : FB Page TTKM

Keputusan ini sebenarnya membuktikan bahawa rakyat menolak ‘kerajaan tebuk atap’ yang didirikan oleh Shafie Apdal selepas PRU-14 yang lepas.

PH yang selalu menggunakan istilah ‘kerajaan tebuk atap’ terhadap kerajaan PN yang ada sekarang sebenarnya sengaja buat-buat lupa bahawa kerajaan Sabah yang mereka bentuk selepas PRU-14 dulu dengan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri adalah ‘bapa’ kepada istilah ‘kerajaan tebuk atap’ yang mereka ratibkan hasil dari pengkhianatan mandat rakyat.

Sebaik keputusan PRU14 untuk Negeri Sabah diumumkan pada masa itu kedudukan kerusi di DUN Sabah ialah BN 29 kerusi, Warisan-PH 29 kerusi, sementara STAR 2 kerusi. Mulanya BN telah berjaya membentuk kerajaan dengan membuat pakatan dengan STAR yang dipimpin oleh Dr Jeffrey Kitingan dengan jumlah 31 kerusi pada 10 Mei 2018.

Pada 11 Mei 2018, enam Adun BN pula mengkhianati mandat rakyat dengan mengisytihar menyertai Warisan-PH. Mereka adalah dua orang Adun UPKO dan empat orang Adun UMNO. Dengan jumlah terbaru itu maka Warisan-PH membentuk kerajaan dan Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Mei 2018.

Itu fakta yang PH-Warisan buat-buat lupa dan tanpa rasa segan silu menuduh kerajaan MN-PN sebagai ‘kerajaan tebuk atap’. Bukan Sabah sahaja, kerajaan Kedah dan Perak yang dibentuk PH selepas PRU-14 dulu pun menggunakan formula ‘kerajaan tebuk atap’ dari pengkhianatan mandat rakyat.

Dia buat halal, tapi bila orang lain buat haram pula. Itulah PH-Warisan yang tak tahu malu!

Dan semalam rakyat Sabah telah menghukum ‘geng pengasas kerajaan tebuk atap’ Sabah dengan ‘menghumbankan’ PH-Warisan ke Laut Sulu.

IBNU JANIE
• Editor Berita PAS Melaka
• Ketua Unit Berita
  Jabatan Penerangan PAS Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)