Home Berita PAS Kedah

Kemahiran editing : senjata terkini anak muda

164
SHARE

Oleh TASNIM

MERBOK, 19 Jan – Kemahiran editing kini menjadi salah satu senjata baharu anak muda dalam pelbagai kerja lapangan.

“Situasi semasa harini, kita dapati kemahiran ini sangat diperlukan ramai orang bagi urusan promosi di media sosial.

Demikian dinyatakan Master Designer Urus Setia Penerangan Darul Aman, Encik Aiman Sani kepada pemberita.

Beliau yang juga pembimbing Bengkel Perisian Adobe Photoshop anjuran Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) itu berkata bengkel ini memenuhi keperluan situasi semasa kerana penyampaian maklumat kini banyak tertumpu di media sosial.

“Kami Pemuda PAS Negeri Kedah melalui AKP melihat keperluan ini untuk melatih para pemuda serta mengasah kemahiran yang ada untuk bersiap sedia mendepani arus perdana,” katanya.

Bengkel Adobe Photoshop tersebut berjaya menarik lebih 30 peserta yang terdiri daripada Pemuda PAS seluruh negeri Kedah dan berlangsung di Madrasah Zubaidiyah, Merbok.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Adnan Yusof.