Home Berita PAS Sabah

Khidmat Malaysia Sabah adakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri

151
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
18 Januari 2022

LAHAD DATU: Pengerusi Khidmat Malaysia PAS Pusat, Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor pada Jumaat.

Menurut Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah, Sahar Abdul Majid, yang turut sama dalam majlis tersebut, pelbagai agenda dibincangkan dalam pertemuan itu untuk eratkan kerjasama demi menjadikan Khidmat Malaysia terus ke hadapan bagi membantu rakyat Sabah yang ditimpa musibah.

“Antara intipati perbincangan kami adalah usaha-usaha menggerakkan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Sabah,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.

Ketua Dewan Muslimat Negeri, Norsah Bongsu hadir sama dalam pertemuan tersebut pula menyatakan bahawa tujuan kunjungan itu untuk merapatkan hubungan siraturahim antara pimpinan utama negeri Sabah bersama pimpinan PAS disamping itu memperkenalkan Khidmat Malaysia.

“Alhamdulillah Datuk Seri Panglima dalam sesi perbincangan menunjukkan kesediaan dan penghargaannya atas kesediaan PAS untuk sama-sama membantu usaha kerajaan negeri menjaga dan memakmurkan negeri Sabah.

“Secara keseluruhan, kami rasa berpuas hati dan bersyukur atas pertemuan ini, semoga pertemuan ini dapat membuka jalan supaya PAS sabah dapat berkhidmat dengan lebih berkesan di negeri Sabah terutamanya untuk golongan wanita,” ujarnya lagi.