Home Berita PAS Kedah

20 penduduk Kubang Pasu terima sumbangan ziarah prihatin

56
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

JITRA – Lebih 20 penduduk yang memerlukan menerima sumbangan daripada PAS Kubang Pasu dalam program Ziarah Prihatin di Kampung Naga, disini, baru-baru ini.

Program Ziarah Prihatin itu menyasarkan warga emas yang uzur, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga asnaf untuk menerima sumbangan barangan keperluan asas.

Sumbangan barangan keperluan asas itu disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kubang Pasu, Tuan Haji Mad Hassan Abu Bakar di Dewan Markaz PAS cawangan Kampung Naga.

Seterusnya, ziarah prihatin PAS Kubang Pasu turut menziarahi Abdullah Din, 77 yang terlantar sakit selepas terlibat dalam kemalangan.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Pasu, Tuan Haji Saarin Osman.