Home Berita PAS Kelantan

Keluarga minta hentikan sebar berita kematian berkaitan vaksin

79
SHARE
oleh Nik Azman Nik Mustafa
KOTA BHARU, 30 April: Keluarga Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof meminta hentikan segera penyebaran berita kematian Allahyarham yang dikaitkan dengan kesan suntikan vaksin Covid-19.
Muhammad Baihaqi Md Yusnan, 28 merupakan anak kedua Allahyarham berkata demikian sebagai mewakili keluarga sewaktu ditemui media sebaik selesai upacara pengebumian.
Allahyarham telah kembali ke rahmatullah sekitar pukul 2.00 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung di rumahnya.
Allahyarham Dr Md Yusnan juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kerajaan Negeri Kelantan
Sebelum memenangi kerusi DUN Melor pada 2013, Allahyarham merupakan bekas pembantu Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational Scientific and Culture Organization (ISESCO) Rabat, Morocco.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ustazah Romaini Mat Daud dan enam anak.
Jenazah disolatkan di Masjid Muhammadi Kota Bharu selepas solat Jumaat dengan diimamkan oleh anaknya Muhammad Baihaqi dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hassan Ketereh.