Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS Kedah batal program kawasan terbabit PKP

196
SHARE

Assalamu’alaikum Wmt Wbr.

Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima buah Daerah, iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, bagi tempoh 1-14 Mei 2021, maka:

1) Semua program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (BPPNK) adalah dibatalkan.

2) BPPNK mengarahkan Program Semarak Kasih Ramadhan yang dijadualkan di Kawasan yang termasuk dalam lima Daerah terbabit, juga dibatalkan.

3) Semua ahli-ahli PAS yang berada dalam Daerah yang terbabit dengan PKP hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan pihak berwajib.

Sama-samalah kita menggunakan kesempatan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini untuk bermunajat memohon Allah SWT mengangkat segera pandemik Covid-19 di negara ini.

Sekian, terima kasih.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

Musoddak bin Ahmad
Setiausaha BPPNK

1 Mei 2021
19 Ramadhan 1442