Home Berita PAS Kelantan

Kelantan utama pendidikan rakyat

930
SHARE

BANGI: Pengarah, Urusetia Beliau dan Sukan (UBeS) Negeri Kelantan, Fadhli Shaari berkata, yuran yang dikenakan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) adalah minimum dengan hanya sekitar RM1,000.

Katanya, Kerajan Kelantan juga memperkenalkan skim biasiswa untuk pelajar-pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar

Beliau menyebutkan dirinya sebagai contoh bekas seorang mahasiswa KIAS yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar menggunakan Skim Biasiswa Kelantan

“Ini merupakan hasrat kerajaan negeri untuk perkenalkan pendidikan percuma tetapi dengan bajet atau dengan kekangan kewangan yang ada, kita tidak mampu memberikan percuma ini seratus peratus kecuali jika kita dapat mengambil alih Kerajaan Pusat,” ujarnya menjawab persoalan hadirin pada Program Town Hall Anak Muda anjuran Jabatan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro) di sini, semalam.

Beliau menjelaskan sekitar RM6 bilion hingga RM8 bilion perlu diperuntukkan untuk membayar yuran semua 570,000 pelajar

“Bayangkan tuan-tuan, RM60 bilion bajet Kementerian Pendidikan, kerajaan peruntukkan untuk pendidikan, apalah sangat untuk ditambah lagi RM6 atau RM7 bilion untuk menghasilkan pendidikan percuma,” ujar beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Jelasnya, daripada jumlah RM650 juta bajet Negeri Kelantan, sekitar RM100 juta digunakan untuk memberikan pendidikan kepada rakyat yang meliputi sekitar 18 hingga 19 peratus daripada keseluruhan bajet itu.

Terang beliau, terdapat 15,000 pelajar di bawah Yayasan Islam Kelantan dan 3,000 guru yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 23/4/2018