Home Berita PAS Kelantan

Kelantan-Sabah kongsi amalan terbaik pertingkat pengurusan bencana

91
SHARE

SABAH, 4 Oktober: Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Masyarakat (JPKA) Negeri Sabah bagi berkongsi strategi, amalan terbaik dan bertukar pendapat untuk mempertingkatkan usaha kebajikan dan pengurusan bencana di Kelantan dan Sabah.

Taklimat pengurusan bencana bagi negeri Sabah disampaikan Pengarah JPKA Sabah, Jais Asri yang diiringi Timbalan Pengarah JKM Persekutuan Roshayati Omar, di pejabat JPKA, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), semalam.

Sementera itu, YB Menteri Kebajikan Negeri Sabah Datuk Ir Shahermey meraikan delegasi Kerajaan Negeri Kelantan itu dalam Dialog Jalinan Kasih dan saling bertukar idea berkaitan kebajikan termasuk dalam pembangunan kilang alat ganti peralatan bagi Orang Kurang Upaya (OKU).

Dato’ Mumtaz menyampaikan serangkap pantun sebagai rakaman penghargaan kepada warga JKPA Sabah atas kerjasama positif.

Kesumba selasih diutus suri,
Lukisan hati mulai bahagia;
Semesra kasih setulus budi,
Kunjungan kami dirai sempurna.

Terdahulu, Dato’ Mumtaz berziarah ke Rumah Anak-anak Yatim dan Tahfiz Darul Yacob Khan di Kampung Papas, Jalan Rancangan Mawao, Membakut.

Beliau memaklumkan tujuan program itu diadakan adalah untuk memantapkan perpaduan dan mengeratkan hubungan siraturahim dengan anak-anak yatim yang secara tidak langsung dapat menerapkan budaya kasih sayang.

“Ini selaras dengan pelan untuk perlaksanaan Dasar kanak-kanak Fitrah dan Dasar Anak Yatim Islah Negeri Kelantan,” katanya.