Home Kenyataan Media PAS Perlis

Pembubaran Parlimen: Utamakan rakyat dan negara

123
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
PEMBUBARAN PARLIMEN: UTAMAKAN RAKYAT DAN NEGARA

PAS Perlis menyifatkan gesaan supaya diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat sebagai terburu-buru dan tidak wajar.

Hal ini berdasarkan kepada dua faktor utama, antaranya fenomena musim tengkujuh dan amaran banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia serta agenda pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan pada ketika ini.

PAS Perlis juga menyokong penuh seruan Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang agar semua pihak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara di samping menyokong usaha-usaha pemulihan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan.

“Islam Menyatukan Ummah”
“Malaysia Sejahtera”

MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua Penerangan PAS Perlis
4 Oktober 2022 | 8 Rabi’ul Awwal 1444H