Home Berita PAS Kelantan

Kelantan penyumbang hasil pertanian negara

1064
SHARE

KELANTAN akan menggerakkan seluruh sektor pertanian secara lebih agresif dalam usaha untuk muncul sebagai penyumbang terbesar hasil pertanian di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, setakat ini sektor pertanian hanya mampu menyumbang 25.1 peratus KDNK negeri.

Katanya, ia disumbang melalui sub-sektor perladangan dan komoditi melalui kelapa sawit, hasil hutan, getah, perikanan dan ternakan.

“Bagi menjayakan hasrat itu, kesedaran rakyat berkaitan pertanian untuk meningkatkan hasil akan dipertingkatkan.

“Kelantan tetap bercita-cita untuk menjadikan pengeluar terbesar makanan di Malaysia,” katanya pada perasmian penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan Ekspo Hijau 2017 di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV petang semalam.

Perasmian penutup disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama anggota-anggota Exco, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nik Kazim Nik Yusof, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Shahidan Abdul Aziz dan wakil-wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 6/11/2017