Home Berita PAS Kelantan

Kelantan bakal capai Imuniti Kelompok awal sebulan daripada jangkaan

164
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 24 Ogos: Kelantan akan mencapai imuniti kelompok akhir September ini, awal sebulan berbanding jangkaan terdahulu pada Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan YB Dr Izani Husin berkata berdasarkan rekod terkini, 54 peratus penerima telah menerima suntikan dos 1, manakala penerima lengkap dua dos pula ialah 34.4 peratus.

“Kita dijangka mendapat 700 ribu dos pada akhir September ini, walau bagaimanapun ia masih belum dimuktamadkan. Untuk capai imuniti kelompok kita memerlukan 900 ribu dos.

Jadi kita berharap kepada MOSTI, untuk memberi tambahan dos sebanyak 200 ribu lagi untuk capai imuniti kelompok pada akhir september ini”, katanya ketika sesi soal jawab hari kedua sesi pagi sidang Dewan Undangan Kelantan, hari ini.

#ViraliyatBerita1ptg
#LiputanKhasSidangDUN2021