Home Berita PAS Kelantan

Berita UPKN jadi rujukan pihak berwibawa

60
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 24 Ogos: Platform digital Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) kini semakin kerap menjadi sumber rujukan berita sahih dan tepat kepada pihak berwibawa.

Pengarahnya YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berautoriti yang membantu menyiar dan menularkan berita semasa daripada media sosial UPKN berserta kredit hak milik.

Beliau berkata, contoh terbaharu, KELANTANfm berkerjasama menyebarkan berita siaran UPKN tentang titah Sultan Kelantan dalam Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Ke-14, bagi tahun 2021, semalam melalui pautan
https://www.facebook.com/201771579834991/posts/4660525220626249/

Manakala liputan khas Loji Air Kampung Telok yang disiarkan melalui Facebook UPKN telah dikongsi siar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Beliau mencatat di laman Facebooknya, Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok yang dalam fasa percubaan operasi ini akan memulakan operasi sebenar dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Projek ini turut menyediakan sebuah tangki air. Terima kasih UPKN atas gambar dan liputan semasa ini”, tulisnya pada 17 Ogos dan mendapat 3.9 ribu suka, 396 komen dan 322 perkongsian di pautan https://www.facebook.com/329732910489507/posts/4003874466408648/

Tambah YB Fathan lagi, Harakah versi cetak pula berkongsi siaran tentang Kampung Warisan bakal diiktiraf UNESCO pada edisi 7 – 10 Muharram 1443H/16 – 19 Ogos 2021 yang dipetik daripada siaran FB UPKN di pautan https://www.facebook.com/1379770592257304/posts/3028819120685768/?sfnsn=mo

“Di samping itu, Facebook Kelantan State yang memiliki 403K penggemar turut memuatnaik perkongsian poster ucapan tahniah atas kenaikan pangkat Ketua Polis Kelantan dan liputan berita Anak Semerak di Pentas Dunia melalui bebenang https://www.facebook.com/404709143002379/posts/2173337409472868/

Alhamdulillah, berita berkaitan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang dirasmikan oleh Exco Penerangan Kelantan YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud turut dikongsikan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat di laman sosial peribadinya”, jelas YB Ahmad Fathan penuh kesyukuran.

Beliau berharap perkongsian pintar ini berkekalan dan semoga menjadi motivasi kepada warga UPKN untuk terus memberikan liputan terbaik berita kemakmuran Kelantan.