Home Berita PAS Johor

Kekuatan pemuda bukan pada laungannya – AKTAR Johor

81
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Simpang Renggam, 23 Sept : Kekuatan pemuda gerakan Islam bukan pada laungannya, bukan juga pada slogannya. Kekuatan sebenar pemuda gerakan Islam adalah kefahaman yang jitu dalam membumikan ilmu yang di ceduk dari karangan ulama-ulama hebat.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Akademi Tarbiyah (AKTAR) Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Mohd Syafiee Musni dalam ucapannya sewaktu majlis penutup Pra Ijtimak Tarbawi Negeri Johor di Markaz PAS Simpang Renggam, di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz menyatakan perjuangan itu satu tarbiyah buat semua ahli.

“Dalam PAS kita kena sedar dan faham kita sentiasa berjuang. Untuk sampai ke sini (Pra Ijtimak Tarbawi) juga satu perjuangan.

“Tarbiyah bulan soal masa lapang. Tarbiyah itu sendirilah mengukur jarak perjuangan kita sebenarnya.

“Bila mana kita mengkesampingkan tarbiyah, maka bersedialah kita pada kelemahan, kegagalan, kelesuan dalam perjuangan”, ujarnya.

Pra Ijtimak Tarbawi yang dijalankan selama sehari ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemuda kepentingan tarbiyah dalam organisasi.

Program turut di hiasi dengan pengisian dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail serta Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Klang, Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad.

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Azlan Alias, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Iskandar Ghani Ismail serta Ketua-ketua pemuda kawasan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor juga mensasarkan membawa dua buah bas untuk ke Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Malaysia di Besut, Terengganu akhir bulan ini.