Home Berita PAS Johor

Lensa Maharani : Ziarah Kasih bersama ADUN dan PJ Johor

69
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 23 Sept : Adun Maharani, Abd Aziz Talib bersama-sama Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussin turun menyantuni masyarakat warga tua yang uzur dan golongan asnaf, di sini kelmarin.

Antara yang dapat disantuni ialah empat keluarga di Parit Sakai, satu di Kampung Sri Pantai dan juga seorang mualaf.

Turut disantuni ialah dua ahli PAS di Parit Jawa iaitu di Kg Benteng dan Parit Lapis Darat.

Pada malamnya, Ustaz Abdullah dan Abd Aziz bersama-sama dengan ARC (Alternatif Riding Club) Muar dalam program Teh Tarik Session (TTS) di warung Syakir Armada menyantuni anak-anak muda.