Home Berita PAS Melaka

Doakan PAS Melaka menang seperti Kedah – Asri

196
SHARE

Oleh IBNU JANIE

HANG TUAH JAYA, 23 Sept : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz memohon agar peserta rombongan staf Pejabat Perhubungan PAS Kedah yang berkunjung ke Melaka dapat mendoakan kemenangan untuk PAS negeri ini seperti yang telah dinikmati oleh Kedah.

Tambah beliau lagi ini bersesuaian dengan kelebihan yang diberi oleh Allah SWT kepada para musafir yang doanya mustajab.

“Orang musafir ni kalau datang Melaka, doa banyak-banyak untuk Melaka, sebab doa dia mustajab orang musafir ni. Doakan untuk kemenangan (PAS) di Melaka. Bagaimana rasanya nak tadbir negeri macam Kedah.

Asri Shaik Abdul Aziz sedang menyampaikan ucapan

“Kedah banyak pengalaman dan ahli yang cukup ramai dalam Malaysia ini. Tahniah kerana dapat membina ahli-ahli yang ramai yang banyak berkorban untuk jemaah dan banyak buat kerja-kerja yang ikhlas kerana Allah. Sebab itulah Allah beri kemenangan kepada Kedah,” ujar beliau.

Kata Asri, PAS Melaka akan menjadikan PAS Kedah sebagai contoh untuk diambil pengajaran daripada pengalaman mereka untuk dipraktikkan di negeri ini.

“Negeri yang menang (seperti Kedah) ini kami ambil contoh sebagai pengajaran untuk kami belajar dan kami dapat manfaat daripada kemenangan itu untuk kami mempraktiskan kerja buat PAS Kedah (di Melaka),” ujarnya.

Asri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan mengalu-alukan ketibaan rombongan staf Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah yang sedang dalam rangka lawatan ke Melaka dan Johor yang berlangsung di Surau Al Barakah, di sini, petang semalam.

Ustaz Musoddak Ahmad sedang berucap

Sementara itu, Ketua Rombongan yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad dalam ucapannya berkata program ini dilakukan bagi menghargai kerja keras kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Kedah yang bertungkus lumus menguruskan Muktamar PAS Pusat baru-baru ini.

“Selepas selesai Muktamar PAS ke-68, lepas habis muktamar saya tanya Penolong Setiausaha nak pergi mana? Nak pergi Kelantan? Kelantan kuat PAS dah. Pergi Terengganu? Terengganu samalah. Saya kata kita pergi Melaka, kita tengok Melaka, lepas tu kita ke Johor.

“Memanglah program-program rehlah kita ni walaupun tujuan kita tu nak melawat tempat-tempat yang lain untuk berehat, tetapi jangan lupa melawat juga, jumpa juga tuan rumah, PAS Perhubungan Negeri, Pemuda atau Muslimat, mana-manalah, salah satu. Kita kena jumpa sebagai teman kita rakan seperjuangan,” kata Musoddak dalam ucapan ringkasnya itu.

Turut menyampaikan ucapan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ramli Dalip dengan beberapa orang pimpinan PAS Negeri turut hadir meraikan, antaranya Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Yahya, Bendahari, Mohsin Ibrahim, Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek dan Pengerusi Maahad Ar Rahmah, Mohd Diah Abdul.

Dalam majlis itu rombongan seramai 33 orang kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Kedah ini turut dijamu nasi lauk asam pedas dan mereka dijadualkan akan menziarahi lokasi-lokasi pelancongan menarik di Melaka dan Johor bermula Khamis hingga Sabtu.

Bertukar-tukar cenderamata

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH