[KENYATAAN MEDIA]
Tengahari tadi saya mengadakan sidang media bagi memaklumkan kekosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.23 Melor berikutan kematian YB Dr. Md. Yusnan Bin Yusof pada 30 April 2021 yang lalu akibat serangan jantung.
Saya juga memaklumkan kepada rakan-rakan media yang hadir bahawa dalam situasi biasa, merujuk Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan yang kekosongan kerusi Dewan Negeri Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Suruhanjaya Pilihanraya mendapati kerusi tersebut kosong.
Namun, situasi sekarang adalah berbeza disebabkan Darurat. Maka terserah kepada budi bicara pihak Suruhanjaya Pilihanraya untuk memuktamadkan tarikh pilihanraya bagi mengisi kekosongan N.23 Melor.
YB DATO HAJI ABDULLAH BIN YA’KOB
SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”