Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama

216
SHARE

“Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-88 kepada seluruh warga angkatan tentera yang pernah dan sedang berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan setinggi penghargaan di atas khidmat bakti dan pergorbanan seluruh warga anggota ATM yang menjadi benteng utama mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Seiring dengan peredaran zaman, cabaran dan ancaman yang dihadapi oleh ATM juga sudah berubah. Namun ATM tetap tanpa ragu berkorban sepanjang hampir 9 dekad ini termasuk dalam menjadi barisan hadapan membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

Semoga Angkatan Tentera Malaysia terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 September 2021 | 9 Safar 1443H

#KeluargaMalaysia #MalaysiaPrihatin #MenangBersama