Home Berita PAS Pusat

Selamat Hari Malaysia ke-58

296
SHARE

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-58 kepada seluruh rakyat Malaysia.

16 September merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat Keluarga Malaysia. Hari ini bukan hanya sambutan semata-mata namun merupakan ruang untuk kita memperingati, menghayati serta memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia.

PAS menyeru kepada semua pihak untuk terus menjaga kedamaian ini dengan mengukuhkan perpaduan berteraskan ajaran Islam, Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Marilah bersama kita membina Keluarga Malaysia yang adil, inklusif serta bersatu-padu. Semoga rumpun perpaduan ini terus utuh demi generasi akan datang.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

#KeluargaMalaysia #MalaysiaPrihatin #MenangBersama