Home Berita PAS Kedah

Kedah negeri stabil di Malaysia

451
SHARE

ALOR SETAR, 8 APRIL – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengatakan bahawa Negeri Kedah merupakan negeri yang paling stabil di Malaysia.

“Kedah negeri paling stabil di Malaysia” ujarnya dalam program Semarak Kasih Ramadan di Kompleks PAS Baling semalam.

Hal ini juga diakui oleh YB Ustaz Hassan Saad, Ahli Parlimen Baling yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Untuk makluman semua, jika sesebuah negara atau negeri itu stabil, natijahnya hubungan luar dapat djalankan dengan baik dan berkesan.

Sedia maklum, Negeri Kedah menduduki tempat pertama dalam senarai negeri-negeri yang menerima pelaburan untuk projek pembuatan dengan nilai RM11.2 bilion bagi tempoh antara Januari hingga September tahun lalu.

Kini Kedah sedang giat mempersiapkan infrastruktur termasuk memperluaskan lagi tapak industri berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah Science & Technology Park (KSTP) di Special Border Economic Zone (SBEZ) Bukit Kayu Hitam dan juga membina satu lagi kawasan perindustrian baharu, Gurun Industrial Smart Park (GISP) di daerah Kuala Muda.

Malah, Kedah antara lima negara yang berjaya melonjakkan pertumbuhan KDNK iaitu sebanyak 3.2 peratus. Prestasi ini seterusnya menambahkan lagi keyakinan pelabur-pelabur dari luar.

Bahkan perkara ini juga telah mendapat pujian daripada Tuanku Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri ((DUN) Ke 14 baru-baru ini.

Baginda bertitah bahawa baginda berpuas hati dengan pentadbiran di bawah pimpinan memanda Menteri Besar yang telah memperolehi banyak pencapaian membanggakan seperti berjaya menarik masuk pelaburan yang tinggi ke Negeri Kedah.

Baginda turut memuji keprihatinan Kerajaan pimpinan memanda Menteri Besar kepada rakyat Negeri Kedah, khususnya dalam menyegerakan proses pemberimilikan tanah kepada rakyat yang memohon.

Jadi apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Kedah itu telah dibuktikan dengan kejayaan yang disebutkan di atas. Maka rakyat boleh la menilai sendiri Negeri Kedah negeri yang paling stabil ataupun tidak?