Home Berita PAS Sabah

Berobok Sentiki Dulu Bah buat warga Kinabatangan

193
SHARE


Oleh: Ibnu Nas

8 April 2023

KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan meneruskan rutin tahunan mengimarahkan bulan Ramadan dengan mengedarkan juadah berbuka puasa kepada masyarakat setempat di sini, semalam.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur, edaran juadah berbuka tahun ini lebih bermakna dan berbeza dari tahun sebelumnya.

“Berobbok Sentiki Dulu Bah ini merupakan menu yang julung-julung kalinya dibuat, kerana kebiasaannya kita selalu buat bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai. Tetapi, tahun ini kita buat kelainan sedikit,” jelas beliau semasa ditemui ketika turut mengedar Berobbok.

Seramai 18 orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan bertungkus lumus dalam menyediakan juadah berbuka puasa untuk diedarkan kepada komuniti di daerah Kinabatangan.

Sebanyak 300 bungkus berobbok telah diedarkan kepada petugas-petugas Hospital Kinabatangan termasuklah di Unit Kecemasan, Wad Bersalin, Wad Perempuan & Kanak-kanak serta Wad Lelaki.

Di samping itu, petugas-petugas di Balai Bomba & Penyelamat Kinabatangan, Balai Polis Kinabatangan, Foodpanda Runners serta masyarakat yang berada di Pekan kinabatangan turut menerima juadah ini.

Bahkan, Berobbok Sentiki Dulu Bah juga diagihkan secara pandu lalu di jalan raya utama Kinabatangan.

Edaran ini diadakan bagi menyantuni warga kinabatangan di samping mengeratkan lagi ukhuwwah sesama masyarakat di sini bersempena bulan Ramadan yang penuh barokah ini.