Home Berita PAS Kedah

Kebimbangan titi usang di redakan ADUN Pedu

269
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

PEDU, 17 Jun : Penduduk kampung dekat sini terpaksa berdepan dengan kebimbangan masalah titi kayu usang yang mengganggu aktiviti harian mereka. Tinjauan ADUN Pedu YB Tuan Haji Mohd Radzi Md Amin dan Media Dun Pedu pada petang Isnin 14 Jun 2021 di titi Kg Tanjung Thai Pedu, beberapa kayu titi tersebut perlu diganti segera untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

YB dan pegawainya Encik Mohammad Talib tinjau dan terus ambil ukuran kayu serta membuat anggaran kos baik pulih yang diperlukan.

Ilmu, pengalaman dan kepakaran YB dalam kerja bidang pembinaan sebelum ini membuatkan beliau pantas bertindak menyelesaikan isu tersebut.

“Saya selalunya bila datang tinjau titi yang rosak dan terus buat anggaran kos untuk segera tolong penduduk dapat guna titi ini dengan rasa selamat Dan selesai” , kata YB.

Tambah beliau, titi ini penting kepada penduduk kerana menghubungkan tempat kerja mereka. Ada kebun getah dan dusun. Tak lupa juga beberapa buah rumah penduduk kampung juga sudah dibina di seberang sungai.

“Terima kasih atas keprihatinan YB turun ke lokasi dan terus bertindak menyelesaikan isu kayu titi yang perlu diganti pada petang ini. Titi ini sudah ada dari zaman kedatangan Jepun lagi. Saya pun belum lahir lagi.”Kata
Encik Praset yang merupakan Pengerusi JawatankuasaPembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampong Bunga,Pedu