Home Berita PAS Selangor

Kad laporan Khidmat Malaysia PAS Bangi : bantuan sara hidup – PAS Kawasan Bangi

13
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "KAD LAPORAN KHIDMAT MALAYSIA BANGI PORRIMANA HA ASTIONAT WALATET JUMLAH KUTIPAN SEHINGGA JUN 2021 RM16,450 PERMOHONAN YANG DITERIMA: 141 ORANG JUMLAH PENERIMA PENERIMA KIT BARANGAN: 31 ORANG PENERIMA BANTUAN WANG: 117 ORANG JUMLAH BANTUAN KIT BARANGAN: RM 4,750 BANTUAN WANG TUNAI RM 11,700 USTAZ SHAFIE BIN NGAH PENASIHAT KHIDMAT ALAYSIA BANGI"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Khidmat Malaysia melalui gabungan NGO telah mengerakkan siri bantuan sara hidup kepada penduduk Bangi yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan oleh kerajaan. Walaupun PKP 3.0 tidak seperti PKP 1.0 di mana semua sektor ditutup kecuali sektor keperluan hidup, namun masih terdapat warga Bangi yang perlu dibantu dari segi keperluan harian.

Menurut Husni Abdul Manan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan NGO PAS Kawasan Bangi, disebabkan terdapat warga Bangi yang perlu dibantu dari segi keperluan harian Khidmat Malaysia PAS Bangi telah menyelaras misi bantuan sara hidup ini dengan melancarkan kutipan dana sumbangan dan menyampaikan sumbangan kepada penerima. Sumbangan diagihkan kepada dua bentuk iaitu set barangan makanan asas dan wang tunai sebanyak RM100.

Sejak dilancarkan misi bantuan ini iaitu (1/6/2021 – 16/6/2021), Khidmat Malaysia telah berjaya menyampaikan sebanyak 31 set barangan makanan asas berjumlah RM4,750. Manakala sumbangan wang tunai berjaya diagihkan kepada 117 orang penerima berjumlah RM11,000. Jumlah keseluruhan bantuan yang telah disampaikan mencecah RM16,450.

Khidmat Malaysia PAS Bangi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang ke dana bantuan sara hidup ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor