MACHANG, 4 Oktober: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, YB Azhar Salleh berterima kasih kepada semua peserta yang menyertai Kayuhan Cakna Rakyat DUN Pulai Chondong 2022.
Program yang mendapat sambutan luar jangka itu berlangsung di Sekolah Maahad Syamsul Maarif (Lelaki), baru- baru ini.
Katanya, pada awalnya kita menghadkan penyertaan kepada 100 peserta, memandangkan urus setia menerima banyak pendaftaran di luar jangkaan maka segala persiapan dan keperluan ditambah.
“Selain dapat goodies, cabutan bertuah juga disediakan untuk peserta,” katanya ketika dihubungi.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada urusetia yang bekerjasama menguruskan program ini sehingga berjaya.