Home Berita PAS Kelantan

Kaum Tiong Hwa Kelantan terima Kuih Bulan sempena Pesta Tanglung

99
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 22 Sept: Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah menyampaikan kuih bulan kepada Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Dato’ Oui Poh Chun di pejabatnya, Mabna, Kota Darul Naim, Isnin lalu.

Menurut Dato’ Mohd Amar, penyampaian kuih bulan adalah bersempena Perayaan Pesta Tanglung dan Kuih Bulan yang disambut masyarakat Tiong Hwa pada setiap 15 haribulan Lapan mengikut kalendar Cina.

Turut hadir, para pengerusi persatuan dan wakil daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Kredit foto: FB Dato’ Mohd Amar Abdullah