Home Berita PAS Melaka

Karnival Muafakat Nasional pertama di Parlimen Jasin

856
SHARE

Oleh : HANIFF ABD RAHIM

KEMENDOR : PAS dan UMNO Parlimen kawasan Jasin mengadakan program Karnival Muafakat Nasional, di Kompleks PAS Jasin (KOMPAJ) Simpang Kemendor, Jasin, semalam.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan, diantaranya berkhatan, sukaneka PASTI, acara muslimat, gerai jualan BMF, tahlil perdana, kenduri rakyat, tarik tali dan acara kemuncaknya ceramah perdana muafakat nasional.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik khususnya ahli-ahli PAS dan UMNO yang menunjukkan sokongan kerjasama taawun PAS dan UMNO sebagai satu bentuk muafakat nasional.

Selain itu, program ini telah memberikan sedikit sebanyak kefahaman kepada ahli berkenaan taawun muafakat nasional, mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain dan kompenan parti pembangkang ini akan terus bekerjasama dalam program-program akan datang.

Program ini turut dihadiri, oleh AJK PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, Ketua UMNO bahagian Jasin, Datuk Hasan Abd Rahman dan kepimpinan Politik PAS, UMNO kawasan Jasin.