Home Kenyataan Media PAS Kedah

Selamat berjuang hulubalang Kedah, membujur lalu melintang patah

245
SHARE

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH31/10/2019Selamat berjuang hulubalang Kedah, membujur lalu melintang patahDewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengucapkan selamat berjuang buat wira-wira hijau kuning yang akan bermain bermati-matian demi mengharumkan nama negeri Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu pasukan JDT pada hari Sabtu ini.2. Saya mewakili semua pemuda PAS negeri Kedah mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pemain-pemain yang telah menunjukkan persembahan yang sangat baik pada perlawanan sebelum ini sehingga melangkah penuh bergaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini.3. Harapan kami semoga pasukan Kedah dapat mengekalkan kejuaraan untuk memperolehi gelaran ‘double’ kejuaraan setelah menjuarai Piala FA pada tahun ini.4. Kami juga berdiri teguh di belakang pasukan helang merah dalam memberi sokongan yang padu buat semua wira-wira Kedah yang akan berjuang di dalam gelanggang perjuangan menentang JDT pada perlawanan akhir ini. Selain rombongan bas daripada pemuda PAS Kedah dibeberapa kawasan dalam negeri Kedah yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, kami juga menyediakan tayangan skrin Final Piala Malaysia di seluruh 15 kawasan dalam negeri Kedah.5. Semoga pengalaman menentang JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 menjadi sumber kekuatan Kedah pada perlawanan kali ini dan semoga Kedah dapat menjulang kejuaraan Piala Malaysia yang pernah dimenangi pada 2016, 2008, 2007, 1993 dan 1990.6. Doa kami mengiringi pasukan Kedah dan semua penyokong hijau kuning yang berada di Stadium pada Sabtu ini. Semoga perjalanan penyokong setia Kedah selamat pergi dan balik dan harapan kami selamat berjuang buat hulubalang Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam ini, bermain lah bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama negeri Kedah, tahniah dan syabas buat semua pemain Kedah, anda adalah wira kami!“Pulun Kedah Pulun”Ustaz Nurul Amin HamidKetua PemudaDewan Pemuda PASNegeri Kedah