Home Berita PAS Perlis

PAS Kangar Mula Kumpul Dana ‘Back To School’

1581
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR:
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kangar sekali lagi bakal menganjurkan program ‘Back to School’ (BTS) 2020 yang mensasarkan golongan pelajar miskin, kelainan upaya, sakit dan anak yatim yang menetap di sekitar Kangar.

Program ini bertujuan membantu golongan berkenaan mendapatkan keperluan persekolahan sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan pada tahun hadapan.

Menerusi program ‘Back to School’, mereka akan menerima bantuan berupa peralatan persekolahan seperti set pakaian sekolah, kasut dan beg sekolah.

 

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kangar, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan dana daripada orang ramai bagi menjayakan program berkenaan.

“Di samping itu, program ini juga turut membuka peluang tajaan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang mengikut pakej yang telah diselaraskan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sebarang bentuk sumbangan yang diberikan boleh dimaklumkan kepada Ustaz Asrul di talian  019-4170244.