Home Berita PAS Kelantan

Kampung Pulai, penempatan pertama orang Cina di Kelantan

121
SHARE

GUA MUSANG, 6 Feb: Menurut Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Kampung Pulai yang terletak di Sungai Galas menjadi penempatan asal orang Cina yang pertama di negeri Kelantan.

Menurutnya, orang Cina dahulu sangat bijak kerana mereka boleh datang ke Tanah Melayu yang jauhnya beribu-ribu batu tanpa menggunakan sebarang kemudahan radar atau peralatan moden sebagaimana yang ada pada hari ini.

“Mereka menelusuri sungai Kelantan dan berhenti di Sungai Galas serta membuka penempatan pertama di Kampung Pulai kerana terdapatnya hasil bumi berupa emas di sungai tersebut,” katanya di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023, di Pusat Sivik pada 3 Februari lalu.

Perkara tersebut turut diakui oleh Penghulu Tanpa Mukim Pulai, Foo Mei Lin yang berkata bukti penempatan tersebut ada di Tokong Mek atau Tokong Swee Nyet Keung yang telah berusia 600 tahun iaitu bermula tahun 1426 lagi.

Selaku penghulu, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah mewartakan kawasan Tokong Mek sebagai rumah ibadah.

Di samping itu, beliau juga berharap agar Kerajaan Negeri dapat memaju dan menceriakan lagi kawasan tersebut untuk tarikan pelancong luar negeri.

“Dalam tempoh setahun, terdapat kira-kira 2,000 pelancong hadir melawat kawasan tersebut, antaranya ada dari Perancis, Jepun, Taiwan dan paling banyak dari Singapura selain pelancong tempatan,” katanya.