Home Uncategorized

Kami Agama Kami, Bagi Kamu Agama Kamu

880
SHARE

Kami Agama Kami, Bagi Kamu Agama Kamu

Oleh : Tinta Tebrau

Tebrau, 29 Julai – AJK PAS Kawasan Tebrau bersama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Tebrau tampil menghadirkan diri ke Balai Polis, Taman Scientex membuat laporan malam tadi. Laporan tersebut berikutan tindakan seorang penama Wendy Loong dalam satu media sosial Facebook yang telah memuat naik sekeping gambar berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW khususnya dan agama Islam umumya.

“Alhamdulillah, kita telah selesai membuat laporan berikutan terhadap isu penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW yang sedang berlegar di media sosial sekarang ini. Kami difahamkan pihak PDRM telah melakukan tindakan sepatutnya dan siasatan sedang dijalankan”, kata Ustaz Khirul Muntanazar Ismail, YDP PAS Kawasan Tebrau yang mengetuai aktiviti ini. “Namun, kami tetap meneruskan untuk membuat laporan ini sebagai tanda kecintaan kami kepada Islam dan Nabi Muhammad SAW”, tambah beliau lagi.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menambah kenyataan dengan membaca ayat ke-6 dari surah Al-Kafirun, mengingatkan kepada masyarakat di luar sana bahawa Islam tidak mengganggu agama dan kepercayaan lain, jadi usah mencuba untuk mengganggu-gugat agama Islam dengan provokasi yang tidak sepatutnya.

“Semoga apa yang berlaku, menjadi pengajaran buat kita semua terutama kepada pimpinan kerajaan semua peringkat yang beragama Islam. Semoga perkara seumpama ini tidak berulang lagi”, nasihat beliau sebagai mengakhiri pertemuan tersebut.

Laporan yang dibuat juga mengharapkan supaya penama tersebut diambil tindakan tegas kerana perbuatan tersebut mampu menggugat keamanan negara Malaysia. Turut bersama menyertai aktiviti laporan polis malam tadi, beberapa orang ahli PAS Kawasan Tebrau dari cawangan berhampiran.