Home Artikel PAS Melaka

Kalam murabbi DUPNM : Erti Taadud Jemaah

335
SHARE

بسم الله الرمن الرحيم

SEBELUM ini, Islam bernaung di bawah satu khilafah yang memusatkan segala gerak kerja Islam dengan tersusun mengikut hierarki. Namun apabila Khilafah Islamiyah terakhir (Uthmaniyyah) jatuh, umat Islam di seluruh dunia seolah-olah hilang tempat bernaung.

Melihat kepada kekurangan besar ini, dengan pihak musuh yang sedang bersatu untuk melenyapkan Islam di muka bumi ini, Allah SWT ilhamkan beberapa orang hamba-Nya untuk menubuhkan jemaah Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaat Islam di Pakistan, Hamas di Palestin dan beberapa lagi di serata dunia.

Semua pada awalnya tertubuh atas dasar jihad dan bekerja demi mengembalikan Khilafah Islamiah. Namun, gejala baharu yang timbul setelah berdekad lamanya jemaah-jemaah ini bergerak di tempat masing-masing. Maka muncul jemaah-jemaah baharu diasaskan orang Islam sendiri di dalam kawasan dan masyarakat yang telah wujud jemaah sedia ada.

Lebih malang lagi apabila jemaah baharu ini menumpukan gerak kerja kepada ruang tertentu sahaja tanpa meluaskan skopnya yakni tidak bersifat syumul seperti amar makruf nahi mungkar dan lain-lain. Mereka menganggap Islam itu boleh tertegak dengan cara tertentu sahaja dan menolak cara yang digunakan pihak lain.

Contoh jemaah Islam yang menggunakan pendekatan sempit :

1) Politik

– Gerak kerja mereka tertumpu untuk menang pilihan raya semata-mata walau apa cara sekalipun. Kadang-kadang menghalalkan apa yang ditegah dalam Islam.

2) Dakwah Fardi

– Percaya bahawa Islam akan tertegak dengan mengajak manusia kembali ke jalannya dengan wasilah bersemuka sahaja dan mengabaikan faktor lain.

3) Sufi

– Mereka mendakwa Islam akan tertegak dengan sendiri jika masing-masing orang Islam menumpukan soal pembersihan jiwa daripada sebarang perkara dunia semata-mata.

4) Kebajikan

– Hanya dengan membantu manusia yang memerlukan, mereka akan menyebabkan kebaikan Islam itu tersebar dengan sendiri lalu diterima seadanya.

5) Pendidikan

– Golongan ini pula menjurus ke arah pemerkasaan pengetahuan Islam semata-mata.

6) Peperangan

– Islam tidak tertegak kecuali dengan mata pedang. Inilah yang menjadi moto perjuangan mereka.

Hukum taadud jemaah

Dalam isu ini, ulama berkhilaf samada berbilang jemaah satu perkara yang dibolehkan Islam atau sebaliknya. Antara yang keras melarang ialah Dr Fathi Yakan, Syeikh Abdul Aziz dan Dato’ Harun Taib.

Bagi yang mengharuskan seperti Dr Mustafa Masyhur, Dr Yusof Qardawi dan Dr Solah Sowi, mereka tetap mengsyaratkan agar jemaah-jemaah ini tidak bertembung antara satu sama lain tetapi lebih kepada melengkapi antara satu sama lain.

Kesan-kesan taadud

1) Kerja yang sama berulang.

2) Kerja yang terlepas pandang.

3) Matlamat perjuangan sukar tercapai.

4) Permusuhan antara jemaah.

5) Kekurangan tenaga kerja.

6) Musuh mudah menyerang.

7) Membuka ruang untuk tidak terlibat dalam jemaah.

Kesimpulannya, umat Islam harus bersatu dan tidak berpecah kerana musuh akan mengambil kesempatan terhadap perpecahan tersebut.

Firman Allah SWT:

“وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان”

Maksudnya : “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.

(Surah Al Maidah Ayat 2)

Moga bermanfaat!

Rujukan: Nadi Perjuangan

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka.
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.        SAMBAL IBU SARI        .