Home Artikel PAS Melaka

“Alhamdulillah, syukur dengan bantuan”

185
SHARE

Oleh IBNU THABIT

ALOR GAJAH, 11 Apr : “Alhamdulillah, syukur. Dapat jimat sikit duit belanja kami. Dah nak puasa ni. Lepas ni nak raya pula. Banyak nak pakai duit.”

Demikian luahan salah seorang penerima sumbangan dalam program Majlis Sumbangan Sempena Ambang Ramadan 2021 anjuran Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS DUN Rembia.

Tambah penerima yang tidak mahu dikenali itu, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka sekeluarga.

Majlis yang berlangsung di PASTI At-Taqwa 1, Kampung Jelatang Alor Gajah, di sini, pagi semalam ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin.

Majlis sumbangan tersebut turut diserikan dengan kehadiran, Adun Rembia, YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, yang dalam masa yang sama turut bertanya khabar mengenai keadaan penerima yang memerlukan ini.

Seramai 21 orang penerima terdiri daripada masyarakat sekitar Dun Rembia telah menerima sumbangan kit makanan dan wang tunai bernilai RM50 setiap seorang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Alor Gajah, Rosela Alwi, Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Khanapiah Nor, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Rembia, Ustaz Muhammad Hatin Mohd Yusof dan Ahli Jawatankuasa JPrD PAS Dun Rembia.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .