Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pahlawan-pahlawan Pahang berundur ke Terengganu

159
SHARE

10 APRIL1895 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1895 Residen British di Pahang, Hugh Clifford telah tiba di Terengganu dengan angkatan tenteranya.

Mereka tiba dengan tujuan untuk mencari dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang berundur ke Ulu Terengganu.

Hugh Clifford (Kredit foto : Google)

Pahlawan ini adalah pahlawan yang berjuang menentang British kerana telah masuk campur dalam pemerintahan negeri Pahang.

Di antara pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Datuk Bahaman, Tok Gajah (Katib Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Long dan Teh Ibrahim.

Hugh Clifford yang mengesyaki mereka sedang berlindung dalam kawasan rumah Engku Sayid Keramat di Kampung Paluh, Kuala Terengganu telah meminta pertolongan Sultan Terengganu D.Y.M.M. Sultan Zainal Abidin dan Engku Sayid Keramat untuk menangkap pahlawan-pahlawan Pahang yang dianggap sebagai `pemberontak’ itu.

D.Y.M.M. Sultan Zainal Abidin (Kredit foto : Google)

D.Y.M.M. Sultan Zainal Abidin telah menunjukkan sikap enggan membantu pihak British menangkap pahlawan-pahlawan Pahang itu kerana tidak mahu turut serta membinasakan orang-orang yang sebangsa dan seagama dengan baginda.

Engku Sayid Keramat telah bertemu dengan pahlawan-pahlawan Pahang itu dan membantu pahlawan-pahlawan Pahang itu berlindung di Besut.

Beliau terus memberi galakan kepada mereka meneruskan perjuangan menentang British. Mereka akhirnya terselamat dan pihak British gagal untuk menjejaki mereka.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia
Kredit foto : Google

Tok Gajah @ Katib Rasu (Kredit foto : Google)

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.        SAMBAL IBU SARI        .