Home Berita PAS Melaka

Kakitangan positif Covid-19: AEON Ayer Keroh tutup sementara mulai hari ini.

1049
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 25 Sept: Pusat membeli-belah AEON Ayer Keroh menutup sementara operasinya mulai hari ini disebabkan beberapa orang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

AEON Co. (M) dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook AEON Melaka Shopping Centre malam tadi berkata penutupan ini akan berlangsung sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Beberapa orang pekerja kami yang telah disahkan positif sekarang ini sedang dalam proses rawatan di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Langkah-langkah mengenalpasti kontak rapat sedang dijalankan dan kakitangan yang dijangkiti sedang menjalani kuarantin,” ujar kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, satu proses disinfeksi dan sanitasi yang teliti akan dilakukan di premis tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan.

“Sehubungan itu, platform dalam talian kami juga akan ditangguhkan.

“Semua pesanan yang dibuat selepas 23 September akan dibatalkan,” kata kenyataan itu.

Pihak pelanggan yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh melayari platform media sosial atau menghubungi talian telefon atau menghantar email kepada pihak AEON Shopping Centre.

“Kami memohon maaf atas perkara ini dan kami sangat menghargai sokongan anda kepada kami selama ini,” kata AEON dalam kenyataan yang sama.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.