Home Berita PAS Johor

Kakak jaga tiga orang adik-beradik OKU disantuni Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

95
SHARE

 

Oleh: Rafidah Mohd Sheh

Pengerang, 7 Sept : Seorang kakak yang sanggup berkorban menjaga tiga orang adik beradiknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) mendapat perhatian Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Negara YB Senator Nuridah Mohd Salleh.

Menurut Puan Hasnah yang merupakan seorang surirumah, dia mula menjaga dua orang adiknya dan seorang kakak yang merupakan OKU semenjak kedua ibu ayahnya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Suami Puan Hasnah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan turut menyara anak-anak seramai 5 orang yang masih bersekolah.

Dalam siri ziarah tersebut, YB Senator turut menziarahi beberapa lagi keluarga yang memerlukan di sekitar Kampung Nelayan Punggai, Kampung Punggai, Kampung Bukit Raja, Sungai Rengit dan Bandar Penawar antaranya ibu tunggal yang mengalami sakit jantung kronik, pesakit strok atau lumpuh separuh badan, warga emas yang menjaga anak yatim dan keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid 19.

Kesemua mereka yang diziarahi menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas iaitu beras, ayam segar, barangan dapur dan wang tunai.

Turut serta dalam siri ziarah ini ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia Puan Zurina Din, Ketua Dewan Muslimat PAS Johor Puan Hajah Fatimah Ismail, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor Puan Sabariah Mohd Amin, Ketua Dewan Muslimat PAS Pengerang Puan Salmah Ahmad serta Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Tinggi Puan Siti Ronizah.

Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Johor menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan(LKK) akan terus komited membantu rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan dari semasa ke semasa.