Home Berita PAS Wilayah

Tabung Bencana COVID-19 bantu peniaga Bukit Bintang

25
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

BATU, 7 Sep: Jawatankuasa Tabung Bencana Covid-19 Bukit Bintang telah menyampaikan bantuan buat para peniaga di sekitar Bazar Jalan Melayu dan Arked Bonus Bukit Bintang 4 September lalu.

Turut sama menggerakkan Bantuan Tabung Bencana Covid-19 ini ialah Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Bukit Bintang Sub Zon 1 dan PAS Kawasan Bukit Bintang.

Bantuan tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk meringankan beban masyarakat setempat yang terjejas punca pendapatan akibat pendemik Covid-19 selain memupuk semangat prihatin terhadap keadaan masyarakat sekeliling.

Turut hadir menyampaikan bantuan adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Mohd Azemi Azman Johari.

Bantuan berupa barang keperluan dapur telah diserahkan kepada 50 orang peniaga di tapak niaga tersebut.

Pihak polis turut memantau penyampaian sumbangan berkenaan agar berjalan mengikut garis piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

PAS Kawasan Bukit Bintang turut menyatakan kesediaan untuk dihubungi oleh sesiapa yang memerlukan bantuan di sekitar Bukit Bintang.