Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ambil dan hantar katil pesakit: LKKP Negeri Sembilan bantu selagi termampu

35
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

REMBAU, 7 September : Tanggungjawab mengambil katil pesakit yang tidak digunakan lagi dan kemudian menghantarkannya kepada pesakit lain yang memerlukan merupakan salah satu tugas di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) Negeri Sembilan.

Pengerusi LKKP Negeri Sembilan, Ishak Omar bersama Ketua (LKKP) Dewan Muslimat Kawasan Rembau, Azamah Awang mengambil semula katil pesakit daripada Ramli Daud yang tinggal di Taman Kobena, Senawang kelmarin.

Menurut Ishak Omar, LKKP telah meminjamkan kepada beliau berapa bulan lalu dan kini katil pesakit itu diserahkan kembali kepada pihak PAS kerana tidak memerlukannya lagi.

Ishak Omar tidak pernah mengeluh dengan amanah yang telah diberikan oleh PAS Negeri Sembilan dan malahan beliau rasa bertanggungjawab membantu setiap kali beliau dihubungi warga di negeri ini yang memerlukan bantuan.

“Saya mewakili LKKP Negeri Sembilan akan terus membantu dan melayan segala bentuk permohonan bantuan daripada semua tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik, selagi termampu,” katanya sebaik selesai memindahkan katil tersebut ke dalam kereta.

Sejurus selepas itu, lshak Omar menuju ke destinasi seterusnya iaitu Taman Desa Melor, Senawang bagi menghantar katil pesakit untuk kegunaan seorang warga emas, berumur 86 tahun, Tomah Maasul yang kini terlantar sakit.

Usaha beliau juga turut dibantu oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa LKKP Kawasan Rembau terutama bagi kerja-kerja menurunkan dan mengangkat katil pesakit itu ke dalam rumah.