Home Berita PAS Kedah

24 Guru Takmir telah menerima Bakul Makanan.

78
SHARE

Oleh : NORJULIANA YAACOB

YAN,15 Ogos :”Besar jasa dan pengorbanan guru Takmir ini dalam menyampaikan ilmu agama.”

Demikian kata Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit.

YB Ustaz Sabri berkata, atas dasar prihatin kepada jasa golongan ini pihaknya telah mengambil keputusan untuk memberikan sumbangan bakul makanan.

“Seramai 24 orang guru takmir diberikan sumbangan secara pandu lalu di Perkarangan Pejabat Agama Daerah Yan, hari ini,” katanya.

Menurut YB Ustaz Sabri, semoga dengan sumbangan ini kesemua mereka berasa gembira atas ingatan yang ditunjukkan.

“Jasa yang mereka taburkan tidak cukup untuk dibalas dengan bakul makanan ini namun ini adalah ikhlas tanda ingatan kita,” katanya.