Home Berita PAS Kedah

Jual kerbau sumbangan kepada Palestin

251
SHARE

ROZAIIDI TAIB | 20 MEI 2021

BALING – Demi menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Zionis-Israel, seorang lelaki sanggup menjual kerbaunya sebagai sumbangan ke tabung Jihad Palestin PAS Kedah untuk disalurkan ke tabung Aid4Palestin.

Setiausaha PAS Kawasan Baling, Ustaz Zelani Nik Chik yang dihubungi melalui telefon berkata, individu tersebut bernama Azmi Hamid, Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Lahar Parang, Kuala Ketil  hadir ke pejabat PAS kawasan untuk menyerahkan hasil jualan kerbau tersebut sebanyak RM6,100.

“PAS Baling sedang giat mengumpulkan derma untuk tabung tersebut melalui pelbagai kaedah antaranya ialah  kutipan dari rumah ke rumah .” katanya.

“ Setakat ini, lebih dari RM30 ribu telah diperolehi untuk kempen fasa ke-2  Derma Jihad Palestin PAS Kedah yang digerakkan melalui 20 ribu ahli darpada 148 cawangan,” tambahnya lagi.

Ujarnya, walaupun daerah Baling sinonim dengan kemiskinan lebih-lebih lagi dalam suasana PKP namun semangat ahli PAS amat tinggi demi membantu mereka yang tertindas di Palestin.

Terdahulu pada selasa lalu, PAS Kawasan Baling mencatatkan kutipan derma sebanyak RM173, 039.90 sebagai PAS Kawasan di negeri Kedah yang mengumpul derma tertinggi untuk Palestin.

Dalam perkembangan sama, PAS Kawasan Baling turut menerima sumbangan daripada daripada Ustaz Rosli mewakili warga Darul Aitam, Kampung Kuala Samak, Kuala Ketil.

Darul Aitam yang menempatkan anak yatim dan miskin telah membuat tabungan khas untuk sumbangan derma kepada Palestin.