Home Berita PAS Kedah

MB Kedah terima penghargaan kerajaan Palestin

249
SHARE

ROZAIDI TAIB | 20 MEI 2021

ALOR SETAR,- Sokongan rakyat negara ini terhadap perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Zionis-Israel  mendapat penghargaan kerajaan Palestin.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam siaran di facebooknya berkongsi sekeping surat penghargaan ditandatangani Duta Besar Palestin di  Malaysia, Walid Abu Ali kepada beliau hari ini.

Melalui surat tersebut, Walid merakamkan  penghormatan yang besar bagi pihak Kerajaan dan kepimpinan Palestin atas sokongan tidak berbelah bahagi Muhammad Sanusi kepada negaranya.

Beliau turut menghargai sumbangan kewangan rakyat negeri Kedah  untuk mereka yang sangat memerlukan di Palestin disamping menyanggahi , mengutuk serangan, perancangan keji dan tidak berperi kemanusiaan Israel terhadap Al Quds Al Shareef, Al Aqsa Al Mubarak dan juga terhadap warga Palestin di tanah Gaza yang sedang ditawan .

Jelas beliau, ini adalah petanda bahawa Palestin memang bertahkta di hati orang-orang di Malaysia dan merasa bangga dengan sokongan serta  ikatan kuat yang terbentuk antara Malaysia dan Palestin khususnya sokongan padu daripada kerajaan negeri Kedah.

Walid juga berharap agar penjajahan tentera Israel akan berakhir di bumi Palestin seterusnya membawa kepada keadilan, kebebasan dan kemerdekaan dengan aspirasi kebangsaan yang sah bagi warga Palestin.