Home Artikel PAS Melaka

JPrD PAS Machap Edar Kit Makanan Untuk Penduduk Terjejas PKP

424
SHARE

Oleh : Shah

ALOR GAJAH : Jabatan Pilihanraya DUN (JprD) PAS Machap telah selesai mengedarkan bantuan kit makanan asas kepada golongan yang terkesan akibat Covid-19 di sini, semalam.

Sumbangan hasil dari derma orang ramai ini telah disampaikan oleh wakil JprD PAS Machap, Johari bin Bulat dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Kawasan (JprK) PAS Alor Gajah, Shamsul Bahrin Mohd Saad.

Menurut Shamsul dalam menyampaikan kit makanan ini semua kit makanan asas ini dikumpulkan di satu pusat agihan iaitu Pasti An Nahlu, Lesung Batu. Senarai penerima yang telah dikenalpasti akan dihubungi dan diminta hadir ke pusat agihan.

Tambah beliau lagi, bagi mereka yang benar-benar menghadapi kesukaran untuk hadir, tidak mempunyai kenderaan, sakit dan tiada daya untuk hadir, wakil JPrD akan menghantar kit ini ke rumah mereka dengan memastikan S.O.P Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi.

Jelas Shamsul, para petugas dilengkapi dengan face mask, sarung tangan dan sanitizer. Mereka juga sedaya upaya cuba untuk mematuhi penjarakan satu meter yang telah ditetapkan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menghulurkan derma bagi membolehkan program sumbangan ini dilaksanakan dengan jayanya.