Home Artikel PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh Pihak MKN

588
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. Ketua Polis Daerah Tawau, Sabah menafikan dakwaan satu (1) notis mengenai arahan Ketua Polis Negara (KPN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14/4/2020 yang jelas mengandungi mesej yang tidak benar dan tidak selari sepenuhnya dengan arahan semasa oleh KPN.

2. MKN menafikan dakwaan bahawa rakaman video insiden kekecohan di sebuah pasaraya berlaku di Johor walhal sebenarnya ia merupakan rakaman video tentang looting yang berlaku di pasaraya di beberapa bandar di Amerika Syarikat.

3. MKN menafikan dakwaan bahawa selain Foodpanda, GrabFood dan restoran yang sudah mendapat kebenaran, sesiapa yang keluar rumah walaupun dengan alasan menghantar makanan (food delivery) akan didenda RM1,000.

Pasukan Respon Pantas
KKMM
31 Mac 2020│9.00 Pagi


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.

Editor Wartawan Rakyat Melaka