Home Artikel PAS Perak

Pelantikan Pimpinan PAS Sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak

549
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
6 Sya’aban 1441 / 31 Mac 2020

PELANTIKAN PIMPINAN PAS SEBAGAI EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menjunjung kasih, merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan pembentukan Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak yang baharu.

PAS Perak sepenuhnya meyakini bahawa kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS akan terus bersemangat untuk menunaikan kewajipan berkhidmat untuk rakyat secara adil serta mempertahan dan menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Perak.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu di atas kepercayaan memilih dua orang ADUN PAS menganggotai kepimpinan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.

PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya PAS Perak / ADUN Gunong Semanggol, YB Haji Razman Zakaria dan Setiausaha Perhubungan PAS Perak / ADUN Selama, YB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin yang telah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah pada hari ini.

Semoga kedua-dua pimpinan PAS Perak dirahmati Allah SWT dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin, berkhidmat kepada seluruh rakyat Perak, InsyaAllah.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
“PERAK SEJAHTERA”

Sekian, terima kasih.

HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2899266133472102&id=117086798356730